Kapal Angkasa Jepun Mendarat Terbalik


Sebuah kapal angkasa milik Jepun dilaporkan mendarat secara terbalik di permukaan Bulan.

Agensi Penerokaan Aeroangkasa Jepun (JAXA) berkata, kapal angkasa dinamakan Smart Lander for Investigating the Moon (SLIM) itu sedikit tersasar dari kawasan pendaratan yang dipilih untuk misi tersebut.

“Analisis data mengesahkan bahawa SLIM mendarat di kawasan sejauh 55 meter dari tapak pendaratan asal,” kata JAXA.

Menurut JAXA, masalah pada enjin utama menjejaskan penerbangan SLIM dan menyebabkan ia mendarat secara terbalik.

Sebelum mendarat pada Sabtu lalu, SLIM menghantar dua robot kecil dipanggil LEV-1 dan LEV-2 untuk merakam dan menghantar imej kapal angkasa itu di permukaan Bulan.

Disebabkan pendaratan ‘luar biasa’ itu, panel solar SLIM menghadap ke arah yang salah dan tidak dapat menjana kuasa pada kapal angkasa tersebut. 
 

0/komen