Keputusan ICJ Dipuji


Kumpulan Hamas memuji keputusan penting mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini bahawa Israel  harus melakukan segala yang boleh untuk mencegah  tindakan pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza.

Menurut Hamas, keputusan itu membantu untuk meminggirkan Israel.

“Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa  (ICJ) adalah perkembangan penting yang membantu kepada pengasingan Israel dan mendedahkan jenayah mereka di Gaza,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.

Terdahulu, ICJ di The Hague, Belanda dalam penghakimannya berkata, Israel mesti mengambil semua langkah untuk mencegah pembunuhan beramai-ramai penduduk Gaza.

Mahkamah itu juga mengarahkan Israel membenarkan akses kemanusiaan di Gaza sekali gus memberikan keputusan penting dalam kes yang telah menarik perhatian global


 

0/komen