Komputer Amazon WorkSpaces Thin Client Dilancarkan


Amazon telah melancarkan Amazon WorkSpaces Thin Client yang merupakan sebuah peranti mampu milik yang membolehkan mengakses perkhidmatan desktop maya Amazon WorkSpaces, Amazon WorkSpaces Web, dan Amazon AppStream 2.0 secara awanan.

WorkSpaces Thin Client ini ialah penyelesaian mampu milik kepada keperluan komputer di pejabat kerana ia dijual pada harga $195 (~RM913) sebuah. Ini berbeza dengan kelengkapan semasa dalam bentuk komputer riba dan desktop yang lebih mahal. Monitor, tetikus, papan kekunci, kamera web, dan pelbagai aksesori USB boleh disambungkan kepada WorkSpaces Thin Client untuk ia digunakan seperti sebuah komputer desktop biasa.




WorkSpaces Thin Client adalah sebuah Fire TV Cube yang diubahsuai dengan ia dilengkapi pemproses lapan teras 2.2 GHz, memori 2GB RAM dan storan sebesar 16GB. Selain digunakan untuk kerja, WorkSpaces Thin Client turut boleh disambungkan kepada TV dan ia beroperasi sebagai kontrak penstriman kandungan Prime Video atau Netflix. Ini juga merupakan kali pertama sebuah produk konsumer Amazon telah diubahsuai untuk digunakan oleh pelanggan AWS.


0/komen