OK Vision – Perkhidmatan Siaran TV Satelit Baharu Di Malaysia


Ansat Broadcast  secara rasminya telah melancarkan perkhidmatan siaran TV satelit baharu di Malaysia, dinamakan sebagai OK Vision. Untuk makluman, ia merupakan perkhidmatan televisyen berbayar yang telah pun tersedia di Indonesia, dan kini diperluaskan ke pasaran Malaysia.

OK Vision menyediakan 35 saluran yang dipancarkan melalui satelit ke peranti OK100 yang dihubungkan menggunakan antena satelit gelombang-KU. Melaluinya, ia menyediakan siaran saluran percuma merangkumi saluran RTM, TV3, CNA, SUKETV, MNCTV dan sebagainya.

Dan dibawah pelan OK PEK berharga RM20 sebulan, ia turut menawarkan sejumlah saluran tambahan lain, termasuk Crime Investigation, Outdoor, MNC Drama, GTV, ZeeBioskop, dan beberapa yang lain lagi.

OK Vision turut membawakan slogan “Rajanya Sinetron”, sekaligus memperlihatkan fokus kandungannya yang meliputi kandungan drama “sinetron” dari negara jiran. Kos pemasangan awal untuk OK Vision ini tidak dinyatakan lagi buat masa ini.
 

0/komen