Pembungkus Kerepek Kentang


Sekeping pembungkus kerepek ubi kentang jenama Walkers ditawarkan pada harga £680 (RM4,090) di platform jualan eBay.

Walaupun boleh ditemui di dalam tong sampah, seorang penjual nekad menyenaraikan pembungkus itu pada harga yang mahal.

Pembungkus itu sering ditemui kerana kilang syarikat Walkers di bandar Leicester, Britain menghasilkan lebih 11 juta bungkusan kerepek kentang pada setiap hari. 

Tiada penjelasan lanjut disediakan pada iklan jualan pembungkus tersebut selain ketetapan tajuk: “pembungkus kerepek kentang perisa garam dan cuka Walkers yang telah digunakan”.


 

0/komen