RedMagic 9 Pro Diumumkan


RedMagic 9 Pro secara rasminya memasuki pasaran global bermula dengan Eropah. Tiada perubahan spesifikasi dalaman dibuat malahan keseluruhannya serupa dengan sebelum ini.

Tubuh masih rata sepenuhnya dengan tiadanya skrin hadapan melengkung atau bonggol kamera di belakang. Bingkai aluminium digunakan juga sepenuhnya rata daripada semua sudut dan bukan hanya pada bahagian sisi sahaja. Dengan ini pengalaman penggunaan menjadi lebih baik khususnya sewaktu bermain permua.


Skrin OLED sebesar 6.8-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz digunakan. Sebagai tambahan skrin juga mempunyai sokongan kedalaman warna 10-bit, kecerahan puncak 1600 nits dan gamut warna sRGB 100%.

Cip Snapdragon 8 Gen 3 disertakan menyokong memori sehingga 16GB RAM dan storan 512GB. Selain itu kamera utama 50MP utama + 50MP ultra lebar, kamera swafoto 16MP dan bateri 65000mAh dengan pengecasan 80W melengkapi peranti ini.


Lain-lain spesifikasi juga termasuk bicu audio 3.5mm, pembesar suara dengan DTS:X Ultra, tiga mikrofon terbina, bluetooth 5.4 dan NFC. Harga jualan peranti bermula €649 (~RM3,319) tanpa butiran lanjut mengenai ketersediaannya di Malaysia yang diketahui setakat ini.

 

0/komen