Tablet Galaxy Tab A9 Dan Tab A9+ Kids Edition Di Lancarkan


Samsung telah melancarkan tablet Galaxy Tab A9 dan Tab A9+ Kids Edition di Indonesia. Seperti namanya tablet baharu ini menggabungkan fungsi dengan kawalan ibu bapa dan ciri keselamatan yang mesra kanak-kanak. Bukan itu sahaja siri Galaxy Tab A9 Kids Edition turut didatangkan dengan selongsong khusus bagi meminimakan risio kerosakan akibat kecuaian.




Dengan aplikasi Samsung Kids pula kanak-kanak dikatakan boleh menggunakan ciri kamera dana akses internet dengan lebih selamat. Keadaan itu bertambah baik apabila ibu bapa turut boleh mengehadkan jenis kandungan dan masa yang boleh diakses oleh anak-anak. Turut disertakan ialah ciri Eye Comfort Shield yang amat berguna dalam melindungi mata khususnya untuk penggunaan dalam suasa yang gelap.

Tiasa perubahan spesifikasi dalaman dilakukan. Di mana Galaxy Tab A9 masih dilengkapi skrin 8.7″ HD+ dengan kadar segar semula 60Hz. Sementara itu Galaxy Tab A9+ pula mempunyai skrin 11″ dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 90Hz. Seterusnya cip MediaTek Helio G99 digunakan pada Galaxy Tab A9, dan variasi plus pula menampilkan pemprosesan Snapdragon 695. Kedua-duanya juga dilengkapi Samsung Knox dan perisian One UI 5.1.1 berasaslan Android 13.


Harga jualan di Indonesia bermula IDR3,299,000 (~RM988) untuk Galaxy Tab A9, dan meningkat kepada IDR4,999,000 (~RM1,498) pula untuk variasi plus. Tiada butiran mengenai ketersediaan di pasaran tempatan yang diketahui buat masa ini.
 

0/komen