Tecno Spark 20 Pro dilancarkan secara rasmi di Filipina dengan beberapa perubahan berbanding model sebelum ini. Misalnya seperti skrin lebih besar 6.78″ dan kadar segar semula lebih tinggi 120Hz. Perubahan juga dibuat pada tunjang utama dengan cip Helio G99 dan kamera utama sebesar 108MP.
Peranti ini menawarkan skrin IPS LCD sebesar 6.78″ FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ini digabung juga dengan cip Helio G99, memori 8GB RAM dan storan 256GB untuk tunjang utama. Bateri 5000mAh disertakan menyokong pengecasan pantas 33W, di samping turut dimuatkan kamera utama 108MP dan swafoto 32MP.
Harga jualan ialah PHP 5,599 (~RM470) tanpa butiran lanjut mengenai ketersediaannya di pasaran Malaysia.
Catat Ulasan