Aplikasi Quran Dengan Sokongan Carian Suara


Mushafi merupakan salah satu aplikasi Quran yang hadir ke Google Play Store dari pembangun tempatan, dan hadir dengan beberapa ciri unik bersama padanya. Aplikasi Mushafi ini hadir menggunakan teks Uthmani yang sedia dikenali ramai.

Salah satu keunikkan yang ditekankan pada aplikasi ini adalah kebolehan untuk melakukan carian ayat berasaskan input suara. Anda boleh memulakan aplikasi ini, seterusnya menatal atau menarik ke bawah pada skrin yang membawa akses kepada carian berasaskan suara. Kemudian, anda boleh bacakan sesuatu ayat berkenaan, dan aplikasi akan paparkan kedudukan dalam Quran.

Disamping itu, ia juga hadir dengan sokongan bacaan. Menariknya adalah ia menyerlahkan atau highlight setiap ayat mengikut bacaan – sekaligus memudahkan seseorang untuk turut mengikut bacaan ayat berkenaan.


Ciri lain yang disertakan adalah termasuk sokongan untuk melihat terjemahan melaluinya. Aplikasi ini menggunakan kaedah interaksi berbentuk tap, yang mungkin mengambil sedikit masa seketika sebelum anda mengetahui sepenuhnya pelbagai ciri yang disertakan pada aplikasi ini.

Satu lagi kelebihan pada aplikasi ini adalah saiznya yang sedikit kecil dan ringan – sesuai untuk pelbagai versi telefon.

 

0/komen