Belasah Suami Terima Poskad Bekas Kekasih


Seorang wanita ditangkap polis selepas suaminya cedera semasa mereka bertengkar dalam kejadian di Pantai Miami Utara, negeri Florida.

Anggota-anggota Jabatan Polis Miami Utara bergegas ke sebuah rumah menjelang pukul 4 petang (waktu tempatan), Ahad lalu di alamat  blok 3500 Northwest selepas menerima aduan tentang insiden keganasan domestik.

Seorang lelaki dilaporkan memberitahu polis bahawa teman wanitanya dari 60 tahun lalu menghantar sekeping poskad kepadanya. Kejadian itu membuatkan isterinya, Bertha Yalter marah dan kecewa.

Bertha, 71, didakwa cuba menekup lelaki itu dengan bantal. Suspek juga didakwa cuba menggigit dan memukul suaminya.

Bertha ditangkap dan berdepan beberapa pertuduhan termasuk cubaan membunuh dan mencederakan mangsa.

Lelaki itu dan Bertha telah berkahwin selama lebih 50 tahun.
 

0/komen