Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
يَأْتِي عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ الصَّابِرُ فِيهِمْ عَلَى دِينِهِ كَالْقَابِضِ عَلَى الْجَمْرِ
Maksudnya: “Akan datang kepada manusia satu zaman di mana orang yang sabar daripada kalangan manusia yang berpegang dengan agamanya seperti seorang yang menggenggam bara api.”
Riwayat at-Tirmidzi (2260)
- Kesabaran amat penting di saat manusia makin jauh dengan al-Qur’an dan al-Sunnah. Kita juga perlulah menjaga nikmat Iman dan Islam yang kita kecapi pada hari ini kerana ia adalah daripada usaha keras para sahabat dan generasi-generasi setelah mereka bagi menegakkan agama Allah SWT di muka bumi ini.
- Semoga Allah SWT memelihara iman dan amal kita serta mengurniakan kita kesabaran yang teguh agar kita dapat memelihara dan mengekalkan dua nikmat yang besar dan agung ini.
Catat Ulasan