Penduduk sebuah kompleks perumahan di Bantul, Indonesia gempar selepas seekor buaya sepanjang 2 meter berkeliaran di kejiranan mereka.
Reptilia itu dilihat di sebatang jalan di kawasan perumahan itu sebelum memasuki rumah milik seorang penduduk, Henny Sulistyowati melalui garaj.
Ketua Badan Tindak Balas Bencana Daerah (BPBD) Bantul, Irawan Kurnianto berkata, kejadian berlaku sekitar pukul 9.30 pagi (waktu tempatan) kelmarin.
“Buaya itu terlepas dari sebuah kandang dan berkeliaran,” katanya.
Pihaknya kemudian menghantar empat anggota bomba untuk menangkap buaya itu. Ketika cuba menangkapnya, mulut dan kaki buaya itu diikat untuk tujuan keselamatan.
Catat Ulasan