Seorang kanak-kanak lelaki yang didakwa lemas di dalam sebatang sungai di Brebes, wilayah Jawa Tengah menonton operasi pihak berkuasa bagi mencarinya.
Dia mandi seorang diri di sungai berkenaan pada Khamis lalu, manakala rakan-rakan yang berada di lokasi kejadian tidak menyertainya.
Selepas mandi, budak lelaki itu pulang ke rumah dan tidur tanpa memaklumkan kepada rakan-rakannya.
Penduduk kampung kemudian menyangka budak lelaki itu lemas.
Operasi mencari mangsa di sungai itu seterusnya dilancarkan oleh pasukan sukarelawan yang dibantu Tentera Indonesia, Polis Indonesia dan Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD).
Ketika kejadian, kanak-kanak itu menonton operasi pencarian di barisan hadapan tanpa menyedari bahawa dia sedang dicari oleh pasukan penyelamat dan penduduk kampung.
Operasi itu kemudian ditamatkan sekitar pukul 10.38 malam (waktu tempatan)
Catat Ulasan