Dapat Tip RM265


Kejujuran seorang pemandu Grab  mengembalikan sebuah telefon bimbit milik  penumpangnya menyaksikan dia menerima sejumlah wang tunai sebagai penghargaan.

Selepas memulangkan telefon bimbit milik pelanggan warga China yang ditinggalkan di dalam keretanya, pemandu itu  terkejut apabila menerima wang tunai berjumlah 2,000 baht (RM265.24).

Ganjaran yang diberikan yang jauh melebihi jangkaannya.

“Saya memandu dari Khlong Sam untuk memulangkan telefon bimbit kepada pelanggan China di Sukhumvit Soi 2. Tidak pernah terfikir bahawa saya akan mendapat ganjaran 2,000 baht,” tulisnya di Kelab Pemandu Grab Thailand, laman Facebook.

0/komen