Satu kawasan perkuburan yang dibina khas untuk sebuah keluarga di Binjai, wilayah Sumatera Utara menjadi perhatian ramai kerana menelan kos 1.2 bilion rupiah (RM367,133).
Terletak di Kampung Namu Ukur Selatan, kubur milik keluarga Sitepu itu menggunakan bahan binaan berkualiti tinggi.
Kawasan kubur tersebut seluas 12 meter dan berukuran 15 meter panjang.
Kos pembinaannya sangat mahal kerana menggunakan bahan seperti granit, ukiran granit, genting dan ukiran patung termasuk menggambarkan seseorang sedang dikebumikan.
Kerja membina kubur tersebut mengambil masa selama hampir setahun setengah disebabkan kesukaran mendapatkan bahan binaan.
Sebelum memasuki kubur tersebut, terdapat dua patung yang diletakkan di sebelah kiri dan kanan pintu masuk sebagai penanda arah menuju ke lokasi kubur.
Catat Ulasan