Legenda Bolasepak Negara, Khalid Ali Meninggal Dunia


Legenda bola sepak negara era 1970-an, Khalid Ali yang bersama skuad Harimau Malaya pada kelayakan Sukan Olimpik 1980 di Moscow telah meninggal dunia hari ini.

Allahyarham yang berusia 66 tahun telah menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada pukul 3.05 petang tadi.


Legenda bola sepak negara, Khalid Ali telah menghembuskan nafas terakhirnya  petang ini selepas hampir setahun bertarung dengan kanser paru-paru.

Bekas pemain Selangor itu menyarung jersi skuad kebangsaan dari 1977 hingga 1985 yang mana pencapaian terbaiknya membantu skuad Harimau Malaya layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow, Rusia.

Semoga Allah SWT merahmati rohnya, mengampuni segala dosanya dan menempatkannya dalam kalangan para solehin.
 

0/komen