Lelaki Hilang 9 Hari


Seorang lelaki di Nias, wilayah Sumatera Utara yang pulang ke rumahnya selepas hilang di hutan selama sembilan hari, mendakwa dia dikejar oleh individu misteri  sepanjang tempoh itu.

Suardin Lase dilaporkan hilang sebelum muncul semula pada 13 Februari lalu.

Sebelum pulang ke rumah, pihak polis dengan dibantu penduduk setempat mengadakan operasi mencari Suardin di pelbagai lokasi.

Operasi tersebut dilakukan di seluruh kawasan hutan tempat dia dipercayai hilang termasuk menyusuri sungai, namun Suardin gagal ditemui.

Akhirnya selepas tiba-tiba muncul di hadapan pintu rumahnya pada waktu malam, Suardin menceritakan bahawa dikejar oleh ‘individu’ tidak dikenali di hutan.

Menurutnya selama sembilan hari dia berada di hutan, dia dikejar oleh orang yang tidak dikenali.

Dia juga memberitahu melihat polis, anggota penyelamat dan penduduk kampung mencarinya, namun tidak dapat memanggil mereka.

“Selama sembilan hari itu juga, dia tidak makan. Mungkin disebabkan berada di alam lain, dia tidak berasa lapar,” kata seorang penduduk, Onlihu Ndraha.

Sehingga kini, tiada penjelasan lanjut mengenai dakwaan itu daripada pihak polis.

 

0/komen