
Seorang lelaki meninggal dunia akibat disambar kilat ketika bermain bola sepak di sebuah stadium di wilayah Jawa Bara.
Kemalangan itu berlaku ketika sebilangan lelaki bermain bola di Stadium Siliwangi kelmarin.
“Tidak hujan, tidak panas. Kita berhenti bermain ketika hujan lebat dan selepas hujan walaupun tiada kilat. Sedangkan ini tidak hujan,” kata lelaki yang merakam video tersebut.
Video berkenaan memaparkan seorang pemain yang berasal dari bandar Subang di Jawa Tengah, tiba-tiba disambar petir dari arah belakang. Mangsa terus tersungkur di atas padang ketika kejadian.
Beberapa rakan sepasukan berlari ke arah mangsa untuk menyelamatkannya. Dia sempat dibawa ke Hospital Sariningsih sebelum disahkan meninggal dunia.
Catat Ulasan