
MENGURUSKAN ahli keluarga dalam kategori orang kurang upaya (OKU) sememangnya begitu
mencabar.
Hal sama diluahkan seorang wanita tentang adik lelakinya yang merupakan OKU lembam berusia 25
tahun, didakwa termakan pujuk rayu bekas teman wanitanya.
Wanita itu mendakwa adiknya akan
memindahkan semua wang pendapatan hasil daripada bekerja di sebuah pasar raya kepada bekas
kekasihnya itu setiap bulan.
"Adik saya ni memang dari kecil jenis lembam tapi famili tak pernah dapatkan rawatan yang betul.
Dia kenal seorang perempuan ni masa belajar lima tahun lepas.
"Daripada zaman belajar perempuan ni selalu minta duit dekat adik saya. Adik akan bagi segala apa
yang dia ada. Hal ni berlarutan walaupun selepas adik habis belajar dan budak perempuan tu pun
sudah bercinta dengan orang lain.
"Tapi dia masih minta duit daripada adik saya. Adik sebelum ni kerja di restoran makanan segera.
Kita kasihankan dia selalu sakit-sakit badan sebab angkat berat. Tapi selepas dapat gaji je dia akan
transfer dekat budak perempuan tu," ujar si kakak.
Lebih menyakitkan hati, wanita itu berkata adiknya akan melebih-lebihkan pemberian wang ringgit
kepada bekas kekasih berbanding untuk ibunya yang merupakan ibu tunggal."

Tegas wanita itu lagi, usaha ahli keluarga mereka menasihati adiknya supaya tidak terus
dimanipulasi bekas kekasih bagaimanapun tidak diendahkan.
Apa yang dikesali ialah adiknya itu langsung tidak mempunyai simpanan peribadi untuk kegunaan
masa depan walaupun sudah lama bekerja.
"Setiap bulan dia akan transfer RM500 hingga RM1,000 kepada budak tu. Untuk diri sendiri, adik
saya berjimat-jimat belanja antara RM100 hingga RM200 sebulan. Dekat mak saya ni hulur RM50
hingga RM100 je."
"Padahal mak saya ni dah 20 tahun jadi ibu tunggal... besarkan lapan orang anak. Saya satu famili
dah penat nasihat, marah adik saya ni tapi dia tak dengar cakap.
"Kita ni bukanlah nak duit dia, cuma geram berapa tahun kerja tapi duit habis macam tu je tak fikir
pasal simpanan.
Sekarang ni, adik saya duduk dengan mak, tak ada tanggungan sebab motor pun
kakak dia yang bagi," ujarnya.
Tidak lagi mampu bertahan dan melihat apa yang berlaku, wanita ini meminta pendapat orang ramai
tentang kaedah untuk menghentikannya dengan cara yang sah mengikut undang-undang.
"Saya nak tanya ada tak apa-apa cara daripada segi legal yang saya boleh buat dekat budak
perempuan tu? Saya dah pernah jumpa mengamuk dengan budak perempuan tu.
"Serius budak tu sangat biadab, jenis tak 'makan saman'. Tapi adik pun jenis tak dengar cakap.
Buntu kami sekeluarga," katanya.
Ramai netizen turut tidak bersetuju dengan sikap bekas
kekasih adiknya kerana menganiaya lelaki istimewa berkenaan.
Turut bersuara ialah peguam syarie, Adib Saat yang memberikan pandangan agar wanita itu
mendapatkan perintah mahkamah.
"Boleh minta perintah mahkamah untuk uruskan duit adik. Tapi kena ada bukti yang mengatakan adik
adalah OKU mental berdasarkan Akta Kesihatan Mental," jelas peguam berkenaan.
Catat Ulasan