Pengeluar Telefon Tahan Lasak Caterpillar Gulung Tikar

Pengeluar telefon pintar Android tahan lasak Caterpillar dilaporkan telah gulung tikar. Bullit yang mengeluar telefon pintar di bawah jenama Caterpillar, Motorola Defy dan Land Rover tidak mampu meneruskan operasi kerana bebanan hutang dengan majoriti kakitangan telah dibuang kerja.

Sebelum ini Bullit memfailkan notis bankrap dengan harapan ingin menjual hak pengeluar peranti Caterpillar dan Motorola Defy bagi menjana wang. Masa depan Bullit masih lagi kelam dengan syarikat belum mengeluarkan kenyataan rasmi pada ketika ini. Masalah hanya diketahui selepas ramai bekas kakitangan mereka mengeluarkan kenyataan di LinkedIn menurut laporan WinFuture.

Tahun lalu dan 2022 adalah amat mencabar bagi pengeluar telefon pintar global. Permintaan pasca pandemik adalah rendah menyebabkan hampir kesemua pengeluar mencatatkan penyusutan pengeluaran.

 

0/komen