
LULUH hati seorang pemilik melihat keadaan kediamannya yang teruk setelah ditinggalkan
penyewa.Menurut pemilik yang tidak mendedahkan identiti dirinya, dia terpaksa 'mengusir' keluarga tersebut apabila mendapati tunggakan bil elektrik melebihi RM3,000."Saya buntu, dapat penyewa neraka! Bil elektrik tertunggak RM3,040, baru selesai RM2,500,"ujarnya.
Menurut individu tersebut, penyewa memberikan alasan bil elektriknya tinggi dengan mengaitkan seorang rakannya yang bekerja di Tenaga Nasional Berhad (TNB).Bukan itu sahaja, penyewa juga tidak membayar sewa rumah selama dua bulan. "Apabila ditanya, macam mana boleh tertunggak sampai beribu, penyewa beritahu dia 'deal' dengan orang (pekerja) TNB yang merupakan kawan dia. "Sewa tak bayar dua bulan dengan alasan tolak deposit (penyewa tak ikut kontrak)," ujarnya lagi.
Turut dikongsikan bersama adalah beberapa keping foto menunjukkan keadaan rumah yang rosak setelah disewakan selama satu tahun enam bulan.

Terdapat longgokan pakaian penyewa di hadapan kediaman selepas mereka menerima notis keluar rumah. Bukan itu sahaja, di bahagian dapur dapat dilihat kerosakan seperti kabinet terkopak serta periuk yang tidak dicuci ditinggalkan di bawah singki.
"Rumah banyak rosak angkara penyewa... apa perlu saya buat? Satu tahun setengah kontrak.Perbaharui setahun sekali. Saya duduk jauh dari rumah disewakan. "Bila tengok keadaan rumah saya minta dia keluar. Lagipun kontrak sudah lama habis.
Dia degil mulanya tak nak keluar."Penyewa tinggal berkeluarga dengan anak empat orang. Mula-mula duduk okay. Tapi lepas tu bil
tak berbayar. Tengok dekat aplikasi bil berjumlah RM3,040," ujarnya.
Catat Ulasan