Saintis Temui Fosil ‘Naga Cina’


Sepasukan saintis dari Scotland menemui fosil reptilia digelar sebagai ‘naga Cina’ yang hidup di dalam air sekitar 240 juta tahun lalu.

Gelaran tersebut diberikan kerana bentuk tubuhnya panjang seperti ular dan fosil tersebut ditemui di China.

Walaupun rangka reptilia itu ditemui dalam keadaan bergulung, saintis menganggarkan bahawa panjang badannya adalah sehingga 5 meter.

Tulang yang masih terpulihara juga ditemui di kawasan perut reptilia itu, sekali gus menunjukkan bahawa ia adalah spesies pemangsa akuatik.

Reptilia dengan nama saintifik Dinocephalosaurus orientalis itu mempunyai leher yang panjang. Saintis menemui 32 tulang vertebra leher pada haiwan itu.

Penjaga bahagian sains semula jadi di Muzium Negara Scotland, Nick Fraser berkata, spesimen itu adalah haiwan yang sangat aneh.

Sebagai perbandingan, kebanyakan mamalia hanya mempunyai tujuh tulang vertebra leher manakala dinosaur brachiosaurus berleher panjang hanya mempunyai 13 tulang vertebra. 
 

0/komen