Siri ASUS ROG Phone 8 Kini Hadir Di Malaysia


Siri peranti pintar gaming ASUS ROG Phone 8 telah dilancarkan secara global , dan kini, ASUS Malaysia telah mengumumkan bahawa ia telah  memasuki pasaran Malaysia.


Ketiga-tiga model peranti pintar ini dikuasakan oleh cip pemprosesan Qualcomm yang terbaru dan paling berkuasa, iaitu Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 dan tampil dengan paparan skrin OLED LTPO bersaiz 6.78 inci dengan resolusi FHD+ (2400×1080) dengan kadar segar semula 165Hz dan nilai kecerahan setinggi 2500 nit.

Ia juga menggerakkan sistem operasi Android 14 yang terbaru dan menggunakan antaramuka ROG UI yang masih mengekalkan rekaan antaramuka agresif, walaupun rekaan fizikal generasi ketiga peranti ini memperlihatkan rekabentuk yang lebih elegan berbanding dengan model-model sebelum ini.


ASUS juga telah menaiktarafkan sistem kamera ROG Phone 8 dengan memuatkan sistem tri-kamera digunakan dengan 50MP utama (Sony IMX890) + 13MP ultra lebar + 5MP dengan OIS terbina. Untuk model ROG Phone 8 Pro dan ROG Phone 8 Pro Edition, kamera ketiga hadir dengan sensor 32MP menggantikan sensor 5MP.

Bateri 5,500mAh diserta menyokong pengecasan pantas 65W yang menyokong teknologi pengecasan pantas QC 5.0 dan juga PD 3.0 yang membolehkan peranti ini dicas dengan pantas, tetapi mengekalkan kesihatan bateri yang berpanjangan.



ASUS ROG Phone 8 juga merupakan siri peranti pintar gaming pertama yang tampil dengan pengesahan kalis air dan debu IP68

Pada peranti ASUS ROG Phone 8 Pro dan ROG Phone 8 Pro Edition, ia juga hadir dengan paparan Mini LED AniMe Vision yang boleh diubahsuai, sama seperti apa yang ditawarkan pada peranti ROG Phone 7 Ultimate sebelum ini. Output paparan skrin sekunder ini boleh diubahsuai pada perisian Armory Crate terbina.


Seperti peranti-peranti ASUS ROG Phone sebelum ini juga, ASUS turut memperkenalkan sebuah kipas penyejuk AeroActive Cooler X baru yang hadir dengan teknologi penyejukan yang lebih kuat untuk prestasi peranti terbaik pada suhu optima.

Menurut ASUS Malaysia, siri peranti ASUS ROG Phone 8 ini sudahpun memasuki pasaran tempatan dan boleh dibeli pada tanda-tanda harga berikut:

ROG Phone 8 (12/256) – RM3,999
ROG Phone 8 Pro (16/512) – RM4,799
ROG Phone 8 Pro Edition (24/1T/dengan penyejuk AeroActive Cooler X) – RM5,999


Jika anda mahu membeli aksesori-aksesori untuk ROG Phone 8 secara berasingan, ASUS Malaysia juga menawarkan aksesori tersebut untuk pasaran tempatan:

AeroActive Cooler X – RM349
ROG Phone 8 DEVILCASE Guardian Standard – RM149
ROG PHONE 8 Antibacterial Glass Screen Protector – RM149
ROG Phone 8 Silicone Case – RM149

0/komen