Tidak Sakit Perut Makan Ayam Mentah


Seorang lelaki di negeri Florida makan daging ayam mentah setiap hari selama 100 hari .

Lelaki hanya dikenali sebagai John itu berbuat demikian untuk melihat kesan pada dirinya selepas makan daging ayam mentah.

Lelaki itu duduk di hadapan kamera bersama daging ayam mentah dan satu gelas berisi telur mentah di atas meja.

“Hari Pertama makan ayam mentah selama 100 hari atau sehingga saya mendapat sakit perut. Jangan tiru perbuatan ini di rumah. Ikuti saya untuk melihat apa yang akan berlaku,” katanya di platform Instagram serta TikTok

John kemudian makan daging ayam mentah tersebut sebelum rakaman video berakhir dengan dia menunjukkan gelas mengandungi telur.

Setakat Rabu lepas, John telah makan daging ayam mentah selama 27 hari dan dia terus melakukan perbuatan tersebut.

Namun, John masih berada dalam keadaan baik dan tidak menghidap sakit perut
 

0/komen