Cacing Chernobyl Didapati Kalis Radiasi


Bulan lalu spesis serigala kelabu di Chernobyl didapati mempunyai kemampuan kalis kanser. Walaupun terdedah hampir 40 tahun kepada tahap radioaktif yang berbahaya kepada manusia, serigala Chernobyl tidak menunjukkan sebarang kerosakan di peringkat sel. Minggu ini penyelidik dari NYU mengumumkan penemuan spesis cacing di Chernobyl dengan kemampuan yang sama.

Sampel cacing Oscheius tipulae yang diambil dalam zon pengecualian dengan tahap radioaktif tinggi dibandingkan dengan sampel Oscheius tipulae daripada luar zon. Apabila jajaran genom kedua-dua sampel cacing dibandingkan, tiada perbezaan dapat dilihat. Tiada kerosakan pada gen dikesan yang menjadi menyebabkan kanser.

Saintis kini percaya cacing di dalam zon pengecualian mempunyai kemampuan kalis kanser yang sama dengan serigala kelabu. Kerana cacing mempunyai jangka hanya yang lebih pendek berbanding mamalia, ia telah menjalani lebih banyak proses mutasi dan evolusi yang menyebabkan radiasi tidak mendatangkan sebarang impak.

Dengan penemuan ini saintis boleh mengkaji bagaimana Oscheius tipulae mengelakkan kerosakan pada gen walaupun terdedah kepada radiasi. Ini diharap akan boleh digunakan untuk rawatan atau mengelakkan kanser berlaku pada manusia di masa hadapan.

 

0/komen