Ramai penonton sentap emosi dan berjurai air mata dengan iklan bertajuk Conteng daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Conteng diarahkan oleh pengarahnya, Rashid Shikh Abdullah menampilkan beberapa pelakon termasuk pelakon veteran, Jalil Hamid.
Rata-rata berpuas hati dengan iklan raya tersebut yang disifatkan mempunyai nilai dan pengajaran khususnya kepada ibu bapa untuk tidak membandingkan anak-anak.
Malah, ada yang memuji Conteng kerana memberi kesedaran terutama kepada ibu bapa dan penjaga mengenai disleksia atau masalah perkembangan pembacaan.Ianya diilhamkan daripada sebuah kisah benar.
Ya Allah, sumpah nangis tengok iklan ni. Teringat arwah abah.
Jenuh tahan air mata ni, tapi bila sampai part dia peluk ayah dia, gugur juga air mata aku.
Catat Ulasan