Gurun Garam


Alar de Uyuni, atau juga dikenali sebagai Salar de Tunupa, adalah tanah masin atau padang pasir terbesar di dunia. Dalam bahasa Sepanyol, Salar de Uyuni bermaksud dataran air masin di bandar Uyuni. Uyuni sendiri merupakan nama sebuah kota yang menjadi tempat persinggahan para pelancong yang ingin berkunjung ke Salar de Uyuni.

Tanah ini terletak di Potosi dan Oruro, tenggara Bolivia, Amerika Selatan, yang juga berdekatan dengan Pergunungan Andes. Salar de Uyuni berada pada ketinggian 3,650 meter atau sekitar 12 ribu kaki dari aras laut. Dataran garam ini mempunyai keluasan sekitar 10,582 km persegi. Tidak hairanlah tempat ini didakwa sebagai flat garam terbesar di dunia. Di samping itu, Salar de Uyuni dianggarkan mengandungi 10 bilion tan garam, dengan kandungan litium sebanyak 9 juta tan.

Pembentukan Salar de Uyuni berlaku sekitar 40 ribu tahun dahulu di tanah tinggi. Sebelum ini, dataran ini adalah tinggalan tasik dari zaman prasejarah yang dipanggil Tasik Michin. Tasik Michin adalah tasik terbesar pada masa itu. Disebabkan ketiadaan sistem saliran air, Tasik Michin tersejat dan meninggalkan timbunan garam yang kemudiannya membentuk padang pasir garam.

Dalam proses pengeringan, di bawah permukaan, ia mewujudkan tasik air masin tepu dengan ketinggian sekitar 2-20 meter. Kemarau inilah yang mencipta tempat yang kemudiannya kita kenali sebagai Salar de Uyuni. Sehingga kini hanya tinggal dua gurun garam di dunia iaitu Salar de Coipasa dan Salar de Uyuni yang kedua-duanya terletak di Bolivia.
 

0/komen