Firman Allah SWT:
إِنَّ ٱلۡمُبَذِّرِينَ كَانُوٓاْ إِخۡوَٰنَ ٱلشَّيَٰطِينِۖ وَكَانَ ٱلشَّيۡطَٰنُ لِرَبِّهِۦ كَفُورٗا
Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara-mara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.
Surah al-Israa: Ayat 27
- Allah menyatakan larangan yang bersifat jelas dan terus iaitu “jangan membazir”
- Betapa besarnya kesalahan membazir ini sehingga dinyatakan bahawa orang yang membazir ialah saudara syaitan.
- Lebih memberi kesedaran kepada kita apabila ayat ini berada dalam suatu surah yang menceritakan tentang bumi al-Aqsa, boleh menjadi muhasabah bahawa kita ini membazir sehingga membuang makanan, sementara di Palestin, kekurangan makanan.
Catat Ulasan