Jika Kebenaran Itu Tunduk Menurut Nafsu



Firman Allah SWT:


وَلَوِ ٱتَّبَعَ ٱلۡحَقُّ أَهۡوَآءَهُمۡ لَفَسَدَتِ ٱلسَّمَٰوَٰتُ وَٱلۡأَرۡضُ وَمَن فِيهِنَّۚ بَلۡ أَتَيۡنَٰهُم بِذِكۡرِهِمۡ فَهُمۡ عَن ذِكۡرِهِم مُّعۡرِضُونَ

Maksudnya: Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang ada. (Bukan sahaja Kami memberikan agama yang tetap benar) bahkan Kami memberi kepada mereka al- Quran yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan kemuliaan kepada mereka; namun al-Quran yang demikian keadaannya, mereka tidak juga mahu menerimanya.

Surah Al-Muminoon: Ayat 71

  • Hakikat kebenaran bukan mengikut kepada hawa nafsu tetapi mengikut apa yang Allah dan Rasul nyatakan.
  • Hal ini menunjukkan bahawa terkadang jika perkara itu dicemuh oleh masyarakat, tetapi ia benar menurut al-Quran dan Sunnah, maka berpegang teguhlah dengannya.
  • Bahkan Allah juga menyatakan bahawa jika manusia mengikuti hawa nafsu, itulah yang membinasakan kita. 
  • Muhasabah buat kita, sama ada ketika ini, adakah kita banyak mengikuti kehendak Allah dan Rasul, ataupun mengikuti kehendak nafsu kita sendiri?


0/komen