Keajaiban Keajaiban Dalam Solat Tarawih


Anda pasti sudah mengetahui bahawa bulan Ramadhan adalah bulan penuh kebaikan, bulan suci dan penuh rahmat, mungkin tidak ada habisnya kita boleh menyanjung tinggikan bulan Ramadhan berbanding bulan yang lain. Keistimewaan bulan Ramadhan adalah diwajibkan bagi umat Islam untuk menjalankan puasa sebulan penuh, dan akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu, dalam hadis Rasulullah bersabda yang bermaksud:

Orang yang berpuasa ramadhan karena iman dan penuh keikhlasan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu "HR Bukhari"

Dan disamping berpuasa ada satu ibadah Qiyamullail yang dimuliakan Allah SWT bagi umat Islam iaitu solat tarawih, dalam artikel kali ini saya membahas keajaiban solat tarawih pada tiap-tiap malamnya. Dalam hadis Rasulullah yang bermaksud: Sesiapa yang melakukan ibadah (Qiyamullail / Tarawih) dimalam bulan Ramadhan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu "HR Bukhari"

Untuk lebih mendorong kita melaksanakan ibadah-ibadah pada siang mahupun malam-malam Ramadhan seperti Qiyamullail / Tarawih, ini salinan dialog Ali bin Abi Talib ra bersama Rasulullah SAW dalam kitab "Durratun Sahidin" laman 66/67 Bab 4 tentang "Fadhilah Bulan Ramadhan sebagai berikut : "Ali bin Abi Talib ra bertanya kepada Rasulullah SAW tentang Fadhilah solat Tarawih, dan Rasulullah menjawab: solat Tarawih pada:

Malam 1:
Diampunkan dosanya bersih seperti bayi yang baru dilahirkan ibunya

Malam 2:
Diampuni dosanya dan dosa kedua orang tuanya yang mukmin

Malam 3:
Malaikat memanggilnya dari bawah "arasy"
segeralah kamu beramal segeralah kamu beramal
kerana ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang terdahulu

Malam 4:
Diberi pahala sebanyak pahala membaca taurat, injil, Jabur dan Al-Quran

Malam 5:
Diberi pahala seperti pahala di masjidil haram, masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa

Malam 6:
Seperti pahala tawaf di baitul makmur,
seperti batu-batuan dan tanah liat beristighfar untuknya

Malam 7: Seolah-olah ia dapat bertemu dengan nabi Musa dan
berjuang bersamanya menentang Firaun dan Haman

Malam 8:
Diberi segala yang diterima Nabi Ibrahim AS

Malam 9:
Seolah-olah ia beribadah yang dilakukan Nabi Muhammad SAW

Malam 10:
Allah SWT memberinya kebaikan dunia dan akhirat

Malam 11:
ia bakal meninggal dunia bersih dari segala dosa seperti baru dilahirkan dari perut ibunya

Malam 12:
Dihari kiamat wajahnya bercahaya seperti bulan purnama

Malam 13:
Kelak di hari kiamat aman dari segala azab

Malam 14:
Dibebaskan dari hisab (perhitungan) para malaikat
memberikan kesaksian badah dan solat tarawihnya

Malam 15:
Bershalawat / berdoa untuknya para malaikat penanggung arasy dan kerusi

Malam 16:
Dibebaskan dari siksa neraka dan tidak pula masuk syurga

Malam 17:
Diberi pahala seperti yang diterima para nabi

Malam 18:
Malaikat memanggilnya: "Ya hamba Allah"
engkau dan kedua-dua ibu bapamu telah diredhai oleh Allah SWT

Malam 19:
Derajatnya tinggi di syurga firdaus

Malam 20:
Diberi pahala syuhada dan shalihin

Malam 21:
Dibina sebuah bangunan nur di syurga

Malam 22:
Kelak dihari kiamat aman dari bencana yang menyedihkan dan menggelisahkan

Malam 23:
Dibangun sebuah bandar di syurga

Malam 24:
Doa yang dipanjatkan sebanyak 24 doa dikabulkan

Malam 25:
Dibebaskan dari siksa kubur

Malam 26:
Pahala baginya dipertingkatkan selama 40 tahun

Malam 27:
Melintasi shirat bagai kilat menyambar

Malam 28:
Ditinggikan darjatnya 1000 peringkat syurga

Malam 29:
Diberi pahala sebanyak 1000 haji mabrur

Malam 30:
Diseru Allah SWT dengan firmannya
"Ya hambaku, sila makan buah-buahan syurga, dan minumlah dari telaga kautsar, akulah Tuhanmu dan kamu adalah hambaku"

Demikianlah dialog Ali bin Abi Talib bersama-sama Rasulullah SAW menguak keajaiban solat Tarawih di tiap malamnya, semoga kita semua dapat solat tarawih setiap malam bulan Ramadhan dan memperoleh pahala dan keajaiban-keajaiban seperti diatas. Amin ya Rabbal 'Alamin.


 

0/komen