Martabak Daging Jadi Mertabak Bawang


Seorang pembeli berasa tertipu apabila martabak daging yang dibeli di sebuah bazar Ramadan di Kedah hanya dipenuhi dengan bawang semata-mata.

Pembeli terbabit memotong dan mengorek inti dalam martabak yang dibeli dengan harga RM5 untuk mencari dimanakah isi daging seperti yang diiklankan oleh penjual.

Namun, pembeli terbabit hampa apabila isi martabak itu hanya dipenuhi dengan bawang semata-mata tanpa mengandungi sebarang inti daging.

“Tak sangka beli martabak daging dapat ‘extra’ bawang. Niat nak sokong orang kita, tapi macam nilah pula jadi kan. Mungkin bawang lagi mahal dari daging."

“Lepas korek-korek adalah jumpa juga, itu pun secebis je. Sedih, dah semangat dah nak makan,”kata pengguna tersebut.

Martabak bawang ini orang panggil. Mesti harga RM5 kan. Saya pun pernah terkena tapi siap pakej kuah ‘ceroi’ (cair) dan martabak nipis.

Seperti  juga di  bazar Felda Mempaga, martabak kobis, ayam atau daging dia letak roh je. Isi dia hilang ditelan bumi.

Sejak dua tahun lepas, kualiti makanan bazar makin teruk. Tahun ini tak pergi lagi. Banyak pula baca kes orang terkena dengan makanan-makanan di bazar.
 

0/komen