Motosikal Tersangkut Atas Bumbung Rumah


Sebuah motosikal  yang ditunggang  oleh dua pelajar sekolah menengah  tersangkut pada bumbung rumah penduduk di Kampung Cikuya, Tasikmalaya.

Kemalangan itu dianggap satu kejadian luar biasa kerana kedua-dua mangsa melanggar bumbung rumah.

Menurut pegawai polis tempatan, motosikal itu dinaiki oleh tiga orang dan kesemua mereka merupakan pelajar sekolah menengah rendah.


Menurut salah seorang saksi kejadian, motosikal tersebut mengalami kerosakan brek.

Kenderaan itu terbabas lalu ‘terbang’ dan melanggar atap genting rumah seorang  penduduk kampung  semasa menuruni jalan curam serta berliku.

“Jadi pada awal kejadian, mangsa bersama dua rakannya bertolak dari Kampung Sukajadi, Kampung Cintabodas ke tempat kejadian dengan menggunakan sebuah motosikal,” kata pegawai polis berkenaan.

“Motosikal  mangsa hilang kawalan kerana brek motosikal gagal,”  tambahnya.
 

0/komen