Qalbox Kini Ditawarkan Pada Harga RM29.90 Setahun


Bersempena dengan bulan Ramadan, pihak Muslim Pro hadir dengan promosi khas, sekaligus membolehkan orang ramai melanggan perkhidmatan penstriman video mereka, Qalbox pada harga RM29.90 setahun.

Dengan langkah berkenaan, orang ramai boleh mengakses pelbagai video dibawah perkhidmatan Qalbox pada harga langganan lebih rendah berbanding kebiasaan. Kebiasaannya, perkhidmatan Qalbox ditawarkan pada harga langganan RM12.90 sebulan, dan promosi ini semestinya berbaloi bagi pengguna yang ingin mengakses perkhidmatan tersebut.

Selain untuk Qalbox, pengguna turut boleh melakukan langganan Muslim Pro Premium pada harga RM22.90 setahun bersempena dengan bulan Ramadan ini, dimana ia akan membuang paparan iklan pada aplikasi tersebut, disamping membolehkan pengguna mengakses ke semua ciri pada Muslim Pro.
 

0/komen