Kedua-dua model Sony PlayStation 5 baharu akhirnya boleh dibeli di Malaysia pada harga RM 2069 untuk versi digital dan RM 2499 untuk versi dengan pemacu Blu-Ray. Pada waktu yang sama pemacu Blu-Ray berasingan pula dijual pada harga RM 529 sebuah.
Konsol telah dijual secara terbuka bermula 20 Februari yang lalu. Model baharu ini adalah lebih nipis berbanding model asal yang dilancarkan pada tahun 2020. Ia bukan sahaja lebih nipis tetapi juga lebih ringan berbanding model terdahulu. Tidak seperti pada siri PlayStation 2 dan PlayStation 3 sebelum ini, Sony tidak menggunakan nama Slim pada model baharu kali ini.
Kemas kini baharu ini menyertakan storan 1TB, dan turut hadir dengan rekaan berisipadu kurang 30% berbanding generasi pertama PS5. Pengguna juga boleh membeli “Vertical Stand” secara berasingan pada harga RM149.
Catat Ulasan