Spesies Ikan ‘Berjalan’ Di Dasar Laut


Sebuah pasukan saintis antarabangsa menemui lebih 100 spesies marin baharu di kawasan pergunungan dasar laut di luar pantai Chile.

Pasukan saintis diketuai Profesor Madya Erin Easton dari Universiti Rio Grande Valley, negeri Texas itu melakukan kajian mengenai Rabung Nazca, Rabung Salas y Gomez dan Rabung Juan Fernandez.

Pasukan saintis itu meneroka kawasan laut dalam  dengan menggunakan kapal selam robot  kawalan jauh dan mengambil spesimen.

Antara penemuan mereka ialah spesies ikan ‘berjalan’ berwarna merah dan bermata besar.

Ia mempunyai sirip bagi membolehkannya berjalan di dasar lautan.

Pengarah Eksekutif Institut Lautan Schmidt, Jyotika Virmani berkata: “Sebagai tambahan kepada spesies baharu, mereka (saintis) menemui empat gunung baharu di dasar laut ,” katanya.
 

0/komen