WhatsApp sedia menawarkan ciri yang membolehkan pengguna pin sesuatu mesej pada tetingkap sembang. Sekaligus dapat memudahkan untuk dijadikan rujukan di masa hadapan sekiranya perlu. Penggunannya juga tidak terhad untuk perbualan individu semata-mata malah turut terpakai untuk perbualan berkumpulan.
Dalam usaha meningkatkan kemampuannya pengguna kelak boleh mengepin sehingga tiga mesej serentak melalui kemaskini akan datang. Dalam contoh yang ditunjukkan di atas pilihan baharu ini berfungsi sama sahaja seperti sebelum ini. Kemudian itu dikatakan pula bahawa salah satu mesej tersebut akan dikeluarkan secara automatik apabila terdapatnya mesej keempat yang cuba dipinkan.
Pun begitu, WhatsApp dijangka boleh memperluaskan had ini pada masa akan datang. Pada masa sama belum jelas sama ada boleh digunakan dalam kedua-dua perbualan atau sebaliknya. Ia juga masih diperingkat ujian kecil dalam kalangan pengguna beta yang masih berlum diketahui pelancaran.
Telegram juga pernah sedia menawarkan ciri tersebut sejak 2020.
Catat Ulasan