Xiaomi Smart Band 8 Pro Di Malaysia


Xiaomi Smart Band 8 Pro sudah boleh didapati di Malaysia dengan harga jualan RM339 seutas. 

Xiaomi Smart Band 8 Pro dilengkapi skrin AMOLED berwarna sebesar 1.74″ dengan resolusi 336 X 480 piksel. Pelbagai sensor kesihatan dan kecergasan standard seperti pemantauan jantung, waktu tidur, tahap penafasan dan lebih 150 mod sukan turut disediakan. Diikuti juga sokongan GPS terbina yang amat berguna untuk aktiviti luar dan kalis air 5 ATM.


Bateri sebesar 285mAh disertakan pula boleh beroperasi sehingga 14 hari dalam kegunaan biasa dan menurun 6 hari apabila fungsi AOD diaktifkan secara kerap. Seterusnya kawalan lebih pelbagai boleh diakses melalui penggunaan bersama aplikasi Mi Fitness.

Pembelian atas talian edagang

0/komen