AORUS GeForce RTX 4080 Super Xtreme Ice 16G Diperlihatkan

Komponen-komponen komputer edisi terhad ataupun kolaborasi dengan jenama-jenama lain bukanlah sesuatu yang baru. Tetapi untuk AORUS, jenama gaming dibawah GIGABYTE baru-baru ini telah memperlihatkan sebuah kad grafik yang terhad kepada 300 unit sahaja.


Dinamakan AORUS GeForce RTX 4080 Super Xtreme Ice 16G, kad grafik ini hadir dengan rekaan hampir menyerupai siri kad grafik AORUS Master dimana ia mempunyai rekaan rangka serba berwarna putih dan panel LCD di bahagian sisi untuk memperlihatkan grafik menarik sebagai penyeri kepada binaan komputer anda.

Kad grafik ini tampil dengan tiga kipas penyejuk, dan dari segi saiz bongkah penyejukan yang digunakan, akan memakan sehingga empat slot pengembangan PCIe di belakang komputer anda. Dari segi kelajuan, kad grafik ini hadir dengan kelajuan boost clock sehingga 2.7GHz, iaitu 150Mhz lebih laju berbanding boost clock 2.67GHz pada kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4080 Super Founders Edition.

Setiap kad grafik yang dibangunkan juga akan hadir dengan nombor uniknya tersendiri yang akan diukir di bahagian sisi kad grafik ini. Pembelian untuk kad grafik ini juga bukan semudah membeli kad grafik ini sahaja. Ia perlu dibeli bersama-sama dengan sebuah papan induk AORUS Intel Z790 dan juga bekalan kuasa AORUS 1000W Platinum PG5.


Setakat ini pihak GIGABYTE belum mengesahkan lagi bilakah mereka akan mula menjual berkas komponen komputer ini.

0/komen