Apple MacBook Air M3 Kini Di Malaysia

Mac lalu Apple melancarkan MacBook Air baharu yang dijana cip Apple M3. Dua model diperkenalkan masing-masing dengan skrin 15″ dan juga 13″ dari jenis IPS LCD

Dengan cip Apple M3, MacBook Air baharu ini mencatatkan peningkatan memproses sehingga 60% lebih pantas berbanding model M1 asal. Data perbezaan dengan model M2 tidak pula dikongsi di laman rasmi Apple. Cip Apple M3 dipadankan dengan memori sehingga 24GB RAM dan storan pula sehingga 2TB SSD. Pilihan cip Apple M3 pula adalah 8 teras CPU, 8 teras GPU dan juga Apple M3 dengan 8 teras CPU dan 10 teras GPU.

Apple MacBook Air M3 13-inci ditawarkan di Malaysia bermula hari ini pada harga bermula RM 5199, sementara versi 15-inci pula akan ditawarkan pada harga bermula RM 6199 dalam warna Midnight, Starlight, Space Grey dan Silver.

0/komen