Astro Tawar Langganan WiFi 100Mbps Dan Pek Astro


Astro sedang rancak mengembangkan penawaran langganan Internet gentian optik WiFi Kencang secara lebih meluas. Tahun lepas mereka bekerjasama dengan Celcom Timur untuk menawarkan perkhidmatan ini di kawasan Tawau​, Sandakan​, Kota Kinabalu​, Lahad Datu​ dan Penampang. Terbaru, Astro telah memperkenalkan tawaran khas untuk pengguna di Sabah.

Pelan ini adalah WiFi Kencang 100Mbps dan pilihan langganan pek TV Astro sama ada Primary Pack yang berharga RM99.90 sebulan atau Sports Pack yang berharga RM119.99 sebulan. Setiap langganan ini akan memberi pengguna penjimatan sehingga RM2160 dalam tempoh 24 bulan.

Menurut Astro, tawaran ini adalah yang terbaik untuk menyambut Hari Raya bersama dengan yang tersayang. Ia juga hanya boleh didapatkan sehingga 30 Jun 2024 sahaja sebelum harga langganan kembali kepada RM179.99 sebulan.
 

0/komen