Bakar Rumah Mertua


Seorang menantu lelaki membakar rumah mertua selepas dia bertengkar dengan isterinya.

Kejadian dilaporkan berlaku di Kota Makassar, wilayah Sulawesi Selatan kelmarin sekitar pukul 2.13 pagi (waktu tempatan).

Menerusi rakaman ini, suspek dilihat menyimbah petrol pada kediaman mangsa  lalu menyalakan api sebelum meninggalkan tempat kejadian. 


Api yang kemudian marak dapat segera dipadamkan oleh pemilik rumah, namun kebakaran itu menyebabkan meja dan dinding hadapan kediamannya rosak. 

Pegawai polis tempatan, Muhammad Idris berkata, mangsa telah membuat laporan di balai polis. 

“Pemilik rumah sudah membuat laporan polis. Kami sudah mendapat rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian. Kes seperti ini harus membuat laporan kepada polis kerana sudah menjadi lain daripada yang lain,” kata Idris.

Menurutnya, polis masih memburu suspek kes tersebut.
 

0/komen