Dirasuk Ketika Majlis Kahwin


Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis perkahwinannya.

Kejadian berlaku di Kendari, wilayah Sulawesi Tenggara. Pengantin berkenaan yang  dilihat sedang bersiap di dalam bilik bersama seorang jurusolek.

Tidak lama kemudian, dia menjerit serta menangis sambil tertawa seperti orang tidak waras.

Melihat keadaan itu, ahli keluarga pengantin tersebut cuba untuk menenangkannya, namun gagal.

Menurut maklumat jurusolek, dia dirasuk makhluk halus, namun tiada penjelasan lanjut daripada keluarga pengantin mengenai dakwaan itu.

Wanita tersebut akhirnya kembali sedarkan diri selepas beberapa prosedur ‘rawatan’ dijalankan. 
 

0/komen