
Seekor kucing berpaut pada pemegang pintu sebuah kereta yang ditenggelami banjir di Dubai sebelum ia diselamatkan.
Berdasarkan video ini, kucing berwarna hitam dan putih itu berpaut pada pintu kereta yang separa tenggelam sambil kepalanya menoleh ke sekeliling.
Seorang anggota polis yang menaiki bot penyelamat menghampirinya sebelum cuba menyelamatkan haiwan itu.
Kucing itu pada awalnya enggan melepaskan cengkamannya pada pemegang pintu dan meronta-ronta ketika ia dipegang oleh polis berkenaan.
Namun, ia kemudian kembali bertenang selepas diletakkan di atas bot sambil mengiau beberapa kali.
Saya tidak dapat membayangkan sudah berapa lama kucing itu berpaut pada pintu kereta dalam keadaan banjir besar.
Catat Ulasan