Logitech Mevo Core Di Lancarkan


Sejak berkurun lamanya Logitech menghasilkan kamera web yang memudahkan proses melakukan telesidang. Ia mempunyai reputasi mudah dipasang dan mudah juga digunakan. Kini mereka melancarkan pula Logitech Mevo Core yang merupakan sebuah kamera profesional untuk mereka yang ingin melakukan penstriman langsung.

Logitech Mevo Core ialah kamera dengan sensor 8 MP CMOS Micro 4/3 (M4/3) yang menyokong pertukaran lensa seperti kamera digital biasa. Penstriman boleh dilakukan pada resolusi sehingga 4K 30FPS secara nirwayar sepenuhnya. Saiznya kompak dengan tubuh berbentuk kubus. Menerusi bateri terbina, penstriman langsung sehingga 6 jam boleh dilalukan dengan sekali caj.


Kerana ia berfungsi secara nirwayar dengan sokongan WiFi 6E, lebih daripada satu kamera Mevo Core boleh dikawal dengan mudah menerusi aplikasi Logitech. Terdapat juga sokongan pelbagai lensa, skrin, aksesori mikrofon, dan juga lampu bagi pengguna profesional. Setiap Logitech Mevo Core dijual pada harga USD $1000 (~RM4739) tanpa lensa.

0/komen