Seorang pelajar sekolah menengah menjadi perhatian ramai selepas dia memulangkan wang tunai berjumlah 1.22 juta won (RM4,222) yang ditemui di Hadong, wilayah Gyeongsang Selatan.
Wang itu secara tidak sengaja tercicir daripada pemiliknya yang menunggang basikal, kata polis pada Khamis lalu.
Pemilik wang yang tidak dikenali itu tidak menyedari kehilangan wang tersebut ketika dia terus mengayuh basikal.
Wang kertas itu tercicir dari poketnya, menyebabkan ia terbiar di atas jalan sambil digilis kenderaan yang lalu lalang.
Tidak lama selepas itu, pelajar tersebut terjumpa sekeping wang kertas dan dia berhenti berjalan.
Dia mengimbas persekitarannya, kemudian merakam wang kertas itu menggunakan telefonnya.
Sambil membongkok, pelajar itu mula mengutip setiap wang tersebut sebelum menuju ke balai polis berhampiran untuk melaporkan penemuannya.
Catat Ulasan