Peluk 1,123 Pokok


Seorang lelaki di Ghana mencipta rekod dunia selepas memeluk 1,123 batang pokok di Hutan Negara Tuskegee dalam masa sejam.

Abubakar Tahiru, 29, mula berminat dalam aktiviti pemuliharaan alam semula jadi ketika dia membesar dalam sebuah komuniti petani di Tepa, Ghana. 

Dia juga sedang melanjutkan pengajian peringkat sarjana dalam bidang perhutanan  di Universiti Auburn, negeri Alabama.

Percubaan memecahkan rekod dunia itu memerlukan Tahiru memeluk setiap pokok dengan erat  tanpa menyebabkan sebarang kerosakan dengan sekali percubaan. 

Dengan purata 19 pokok seminit, Tahiru berjaya melepasi keperluan minimum 700 pokok untuk mencipta rekod dunia tersebut.

Rekod dunia itu juga bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan untuk menjaga dan memulihara alam sekitar. 
 

0/komen