Penghulu Redah Sungai Demi Nikahkan Penduduk

 
Seorang penghulu kampung sanggup menyeberangi sungai berarus deras demi menjadi jurunikah untuk upacara akad nikah sepasang pengantin.

Kejadian berlaku di Sungai Regogo Kampung Gondoruso, Lumajang, wilayah Jawa Timur.

Penghulu kampung dikenali sebagai Ali Komarifan itu terpaksa menyeberangi sungai berkenaan selepas jambatan di kawasan tersebut musnah akibat banjir. 

Bagaimanapun, lelaki yang berpakaian rapi itu kelihatan tidak gentar biarpun ketinggian air mencapai paras paha orang dewasa.

Dia juga dibantu oleh dua warga tempatan sambil membawa beberapa dokumen perkahwinan, manakala keluarga pengantin lelaki menunggu ketibaannya di tebing sungai. 

Tindakan penghulu kampung itu mendapat banyak pujian dan komen positif daripada orang ramai.

 

0/komen