Poco C61 Dilancarkan


Peranti baharu Poco C61 telah di lancarkan secara rasmi . Umumnya dapat diterangkan bahawa peranti ini menawarkan rekaan dan perkakasan dalaman yang sama dengan sebuah Redmi A3. Dalam masa sama, ketersediaan peranti juga dijangka terhad di India sahaja.


Peranti ini menggunakan skrin LCD HD+ sebesar 6.71-inci dengan kadar segar semula 90Hz. Skrin juga menyokong kecerahan puncak 500nits, kadar persampelan sentuhan segera 180Hz dan dilindungi Corning Gorillas Glass 3 untuk pelindungan tambahan.


Cip MediaTek Helio G36 digunakan dengan memori 4GB RAM dan storan dalaman 64GB untuk tunjang utama. Diikuti dengan kamera utama 8MP + AI dan swafoto sebesar 5MP sebagai pelengkap. Bateri 5000mAh disertakan boleh dicas melalui port USB-C dan pengecasan 10W.

Turut melengkapi peranti ialah bicu audio 3.5mm, pengimbas cap jari sisi, ruang mikroSD hingga 1TB dan menjalankan Android 14. Harga jualan peranti ini bermula INR 7,499 (~RM424) (4/64GB) dan INR8,499 (~RM481) (6/128GB) di India.

0/komen