Realme Buds T110 Di Malaysia



Realme Buds T100 turut diumumkan  sebagai aksesori audio baharu di Malaysia. Ia merupakan set fon telinga nirwayar dari jenis dalam telinga bertangkai. Selain turut dilengkapi pod pengecas berbentuk bujur dengan dua pilihan warna iaitu Country Green dan Punk Black.

Sepasang pemandu audio digunakan menyokong pembatalan hingar elektronik berasaskan AI dan mod permainan latensi 88ms. Selain turut boleh ditambat pada telefon pintar menggunakan sambungan bluetooth 5.3.

Bateri digunakan boleh beroperasi hingga 38 jam dengan bantuan pod pengecas. Dalam masa sama melepasi penarafan kalis air IPX5 yang sesuai digunakan ketika bersenam. Penggunaan bersama aplikasi Realme Link juga disarankan untuk pengalaman yang lebih baik.

Fon telinga ini boleh dibeli pada RM139 seunit. Kemudian turut boleh dimiliki dengan harga promosi serendah RM99 untuk masa terhad.



0/komen