Redmi Note 13 Pro+ 5G Xiaomi Fan Festival Special Edition Di Malaysia


Redmi Note 13 Pro+ 5G Xiaomi Fan Festival Special Edition ditawarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga jualan RM1999 (12/512GB). Edisi terhad ini memiliki kelebihan tersendiri yang kini didatangkan dengan kemasan Mystic Silver baharu bersama logo Xiaomi Fan Festival pada bahagian bawah. Panel belakang kaca berkilat juga melengkapi rekaan luaran berkenaan untuk penampilan lebih premium. Perlu dimaklumkan di sini bahawa hanya 1,000 unit sahaja yang disediakan untuk pembelian.

Tiada perubahan spesifikasi dibuat yang bermakna peranti masih dilengkapi skrin 6.67″ CrytalRes AMOLED 120Hz dengan resolusi 2712 X 1220 piksel. Seterusnya cip MediaTek Dimensity 7200-Ultra digunakan dengan memori 12GB RAM dan storan 512GB untuk tunjang utama. Diikuti juga dengan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W, kamera utama 200MP + 8MP + 2MP, swafoto sebesar 16MP, kalis air IP68, pembesar suara stereo dan NFC sebagai pelengkap.
 

0/komen